Monday, January 10, 2011

merungkai tanda tanya :: SOLATLAH!!


salam sejahtera!
mengenai post kali ni
seorang kawan saya pernah bertanya
"yati, kenapa kamu perlu solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak? saya tahu solat itu macam terapi, boleh bagi badan sihat. tapi kenapa pada waktu2 tertentu?"


dan saya hamba ALLAH yang jahil ni pun tak mampu berkata apa
mulanya mahu mengelak dengan memberi jawapan berdasarkan logik sendiri
tapi nasib baik sempat fikir consequence nya
nanti apa yang saya cakap akan tertanam dalam kepala dia sampai bila-bila
kalau benda tu betul, it's OK
kalau salah??


gue la jawab nya yang tanggung dosa
_huhuhu_
korang pernah bertanya ( tak kiralah kat sape-sape pun ) soalan ni?


SUBUH
ni bukan saya nak cakap, tapi hakikat
tahap kemalasan + kemengantokan pada waktu ini sangat tinggi
sampai boleh dibilang dengan jari berapa orang dalam seratus muslim yang solat subuh
 menurut kajian CVT ( color vibration therapy ), alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid. Jadi, color ni, or waktu subuh mempunyai kaitan dengan rezeki dan komunikasi.


 anda dapat tangkap kesannya andai seseorang itu meninggalkan solat subuh? dia akan bermasalah dalam komunikasi lantas affact punca rezeki nya. Ini sebab tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum ( iaitu elok-elok je lepas bangun tido )
kenapa kena solat awal subuh?? sebab tenaga waktu tu berada di tahap optimum. maknanya, kalau kita solat lewat, maka tenaga yang kita bakal dapat pun dah berkurangan.


ZOHOR
sesetengah orang kalau dah balik bilik tuh ( yang tengah study lagi  la ), daripada solat, baik tido..konon nak tumpu energy untuk kelas lepas ni. plan asal nak solat pas bangun tido, bangun, lagi sepuluh minit kelas nak start. tudung tak pakai lagi ( tak masuk mekap lagi ). akhirnya, zohor dalam niat je..

 spektrum pada waktu zohor ialah kuning, bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. so, mereka yang tinggal zohor akan ada masalah dalam.......( dah boleh jawab sendiri kan? )



bila muka dah tak ceria, cmberut je...ade pulak problem dalam hati yang tak settle-settle, alamatnya..AWET TUA lah..ye dak??


ASAR 
sambung sal budak-budak yang dok study lagi
alahai dah balik penat-penat, peluh-peluh melangkah pulang ke hostel yang terletak 444KM takkan nak terus ambil wudhuk sembahyang, ye dak? relax dulu...cool kan badan.
last-last pengsan! bangun-bangun lagi dua tiga minit nak Maghrib..maka solat pun macam robot lajunya!

 spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testisyang merangkumi sistem reproduktif ( wah!! interesting!! ), agak-agak warna apa?
OREN!



orang yang tinggal asar ni akan hilang kreativitinya..sebab oren juga berkait rapat dengan kreativiti
jangan lupa, sistem reproduktif memerlukan tenaga masa ini :)


MAGHRIB
lepas solat asar macam ribut, FB lak datang kat kepala otak
nak tengok notifications yang beribu tu lah, nak komen tu komen ni lah
kalau yang dok sibuk bersukan ( tak kiralah sukan cucimata sahaja atau bersukan betul ye ), payahnya nak berhenti time maghrib ni
padahal elok je telinga dok dengar azan dari surau or masjid area tu

 alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah, sebab merah sinonim dengan frequency JIN dan IBLIS!


masa ni memang dorang ( makhluk selain manusia ni ) sangat-sangat la aktif..jadi seelok-eloknya berhenti buat apa-apa kerja ( kalau dalam perjalanan, berhenti dulu ), kita solat dulu.

merah juga warna keyakinan, spektrum untuk frequency otot, saraf dan tulang ( kalau kena osteoporosis awal-awal tu...pada-pada lah ye, nilai diri dengan solat maghrib )


ISYAK
kadang-kadang di postpone sampai pukul 3,4 pagi!
dah solat maghrib, online...tak ingat dunia last-last tertido
bangun pagi-pagi baru teringat, masyaALLAH, gue belum solat!

indigo, fasa kegelapan...menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak



orang tinggal isyak ni biasanya tidak tenteram, gelisah je..sebab tu sesetangah orang dia akan terjaga jugak pagi-pagi buta untuk solat subuh walaupun dah syok tido.


selepas isyak, alam akan berada dalam keadaan gelap sepenuhnya
ni lah time tidur kita dalam Islam
tidur ketika ini dinamakan TIDUR DELTA
di mana seluruh tubuh sedang berehat

  Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus 

 ini masanya untuk QIAMULLAIL

ok, rasa nya cukup untuk menjawab persoalan kawan saya itu
dapat juga menambah pengetahuan kita semua

- abes dah! -

Friday, January 7, 2011

--2 PPISMP--


waaahhh...lama gila saya tak update blog nih!
(ayat stereotype! tak nak gak sebut malas nak update..huhu)


OK!
sekarang dah abes minggu pertama di IPGK Tuanku Bainun  terchenta
perasaan : agak nervous and...enjoyable?
( mula-mula masuk da kena hadapi masalah dalam badan..haha)
alhamdulillah kami dapat kelas yang memang permanently will be ours
sebelum nih dok marathon je hari-hari pi cari kelas kosong
sekarang kami ( all TESLians ) duduk dalam satu aras
begin with TESL 1 until TESL 4
then our seniors
semua course dok macam ni
theres one row full of mathematicians
one row full of scientists
one row full of ustaz and ustazahs
good for us 
good for the lecturers

sebut sal lecturers
they are absolutely SUPERB!!!
i truly love dem ols
tapi saya belajar satu benda
jangan harapkan lecturers anda sesuaikan diri dengan anda
anda sendiri yang patut ambil inisiatif untuk mengikut rentak dan flow mereka
tu baru betul
kita yang nak mencari ilmu
mereka buat kerja mereka, mengajar dan mencurah ilmu
kita lah yang kena menadah dengan cara yang betul

...tapi...
( ada pulak tapi nya )
i start to miss my mom, my family
huhuhu
hari dok kat sini pun boleh bilang dengan jari
rindu dah membara
macam mana lah nak jadi cikgu, nak kena posting jauh-jauh ni kan?

cuti baru-baru ni saya balik adik bongsu saya dah boleh berjalan
entah-entah nanti saya balik lagi bukan setakat berlari
dah boleh panjat almari dah kot!
( ok...tu mustahil! )

what i miss most?
mandi hujan!
macam budak-budak...huhuhu
best gila mandi hujan belakang rumah
berlima dengan adik-adik
kami berebut paip yang satu kat situ
sekali datang abah
"macam budak-budak! macam mana nak jadi cikgu nih!"
ma lak cakap
"masuk! demam baru tahu, ma tak nak care!"
dan masuk la kami semua dengan basah-basah + kesejukan

belajar buat pastries!
tak belajar sangat la
buat yang dah biasa buat je pun
saya buat cupcakes ( lupa nama dia apa )
kek lapis biskut marie
kek gula hangus ( yang ni sadly tak menjadi walaupun rasanya da sedap )
kawan saya makan kek gula hangus tuh, boleh dia tanya
"ni kek coklat ke kopi?"
adoyaii
licin jugak akhirnya

tiba-tiba masuk stories time cuti lak 
plan nya nak cerita tentang minggu nih
ish3...tak tetap pndirian!

pasal benda-benda lain yang tak penting?
malas nak ambil tahu
kita buka bab baru!
weeeee
biarkan orang kata
asal kita dah bahagia
tapi lawak jugak
saya tak pernah nak stalk orang
tapi ade pulak yang terperasan
biar saya nyatakan di sini ye
apa-apa yang anda post pasal saya
setakat apa yang saya tahu la
walaupun tak nak ambil tahu
orang lain yang menyampaikannya
saya tak berminat nak tahu perihal anda
saya dah penat
saya cakap benda elok kena perli
kena hentam
kena hina
kena "anjing", "sial", "setan betina", "SOSILAYATI"
macam awak cakap
padan muka saya sebab cari gaduh kan?
keep urselves in history k?
dwell in the past


jangan carik saya, kutuk saya stalk awk ek
 carik orang yang bagitahu saya ye?
sekian untuk orang-orang tertentu

2011
the new beginning of the new BeesKuwt Marie
ngeh3
apa yang new nye?
entah la...gaya baru?
..maybe..
im still trying to improve myself
help me!



_sekian_

Friday, December 24, 2010

► ▻► ▻► ▻ KaWaN


waaaa...da lama gila saya tak update blog nih!
da lama tak buka, tak BW..ketinggalan gila.
terlepas byk entry2 best..
^ ^︵ ^︵^^︵^

back to bsnes =)
 setelah sekian lama tak berjumpe kawan2 sekolah, SHAMS terchenta!!!
bertempat di rumah AISHAH MUKHTAR, 22hb DIS 10
..kami buat BBQ..
dua tiga hari sebelum tuh da struggle siap2..carik bahan n busy meng-invate orang
thank god
ramai gak la yg datang walaupun tak semua yang saya harap ada
at least leh gak la tengok/jumpa/peluk/cium yang ada
betul la ape yang orang cakap 
kawan ni susah nak dapat...i mean  'true' friends

 bukan yang hipokritas : dpn laen belakang laen
bukan yang mulut wangi hati hitam
 bukan yang menyepi tapi dalam hati tak tenang
bukan begitu kawan
yang bersama dalam susah dalam senang
yang menjaga kebajikan kawannya
yang menjaga tutur kata tentang kawannya
yang tetap bersama dalam hati walaupun terpisah beribu batu







_sekian_

*terasa sakit hati tak agak-agak bila kita wish selamat hari raya dgn ikhlas (mungkin org tu tak tahu yg kita ikhlas) tapi dipersendakan ucapan itu di FB? adoyaii hati..sabarlah..tanam dalam otak yang masa tu dia ketiadaan kredit umtuk mereply. alangkah baeknya kalau saya tak tahu yang ucapan saya itu dibuat sebegitu rupa*

Sunday, November 14, 2010

Hari-hari terakhir bergelar "1" PPISMP


...pejam celik pejam celik...
sudah hampir satu semester saya menjejakkan kaki di IPG KTB

banyak benda saya belajar, saya dapat dan saya tahu
banyak orang saya kenali, banyak kawan saya dapat
banyak perangai saya jumpa, banyak juga cara untuk menghadapinya
banyak karenah dan ragam manusia
namun semua nya atas saya sendiri
mahu menerima dan cuba memahami
atau tidak mempedulikan dan hidup dalam angan-angan sendiri

satu sem ni mengajar saya banyak benda
dan saya bersyukur dapat menimba semua itu

dapat senior yang penyayang dan memberi banyak tunjuk ajar

dapat pensyarah-pensyarah yang setia bersama kami, TESLian yang banyak masalah

jiran-jiran di sekeliling bilik yang peramah dan murah hati

roomate saya yang sangat-sangat memahami saya

dan yang paling penting mereka yang akan bersama menghadapi suka-duka bersama saya dalam menuntut ilmu menjadi guru ini

ZARITH SOFIA
teman sebilik dari sarawak
pika cakap kamu anak saya bha
sikap kita berlainan kadang berlawanan
tapi itulah sebab kita bahagia
saya belajar banyak benda dari kamu
kamu ada bila saya menghadapi saat-saat sukar saya di sini
kamu ada bila saya menghadapi saat-saat gembira
kamu selalu ada untuk saya
maafkan saya andai saya tiada ketika kamu memerlukan saya
maafkan saya selalu meninggalkan kamu sendirian

TESL 4
saya sayang kamu semua
saya belajar erti hidup dari kamu semua
jangan biarkan kita tidak lengkap
walaupun baru satu sem bersama
saya tak mahu kita kehilangan walau seorang
maafkan saya andai saya tersilap dan tersalah
maafkan saya andai saya melukakan kalian
maafkan saya andai saya terlalu mengongkong
maafkan saya andai kadang-kadang saya sukar mengawal perasaan
saya manusia
melakukan kesilapan dan kesalahan lumrah saya sebagai manusia
terima kasih, atas tunjuk ajar kalian selama saya menjadi PKK

MADAM TAN CHENG IM
I adore your dedication towards us, yang banyak bawa masalah
terima kasih memahami kami dan bersabar dengan kami
menjadi ibu dan bapa untuk kami di sini
I love you

bila bersendirian, kadang-kadang saya terfikir,

masalah kadang-kadang datang
namun itu untuk mengajar saya erti kehidupan
terutama kehidupan di sini, IPG KTB
5 years more to go

kawan datang dan pergi
itu lumrah
sedangkan lidah lagi kan tergigit
saya harap kita terus jadi kawan
bukan lawan dan musuh macam sekarang
saya sayang awak
saya tak kisah apa pun yang pernah terjadi antara kita
mungkin awak tak dapat terima saya lagi
saya pinta
cuba intai sedikit ruang di hati awak untuk saya menumpang
menjadi kawan seperti dulu

usrati
naqib-naqib juga naqibah-naqibah
yang setia bersama
saya banyak belajar daripada anda semua
saya belum lengkap
tidak sempurna
tunjuk ajar kalian sangat-sangat saya perlukan 
SYUKRAN JAZILAN!

keluarga saya
kakak bahagia di sini
abah dan mama
kakak redha dengan keputusan kakak sendiri
untuk menjadi guru bukan cita-cita dulu yang tak tercapai
terus doakan akak
tidak tenggelam dalam imaginasi dulu
tabahkan hati kakak terus menimba ilmu menjadi guru dan pendidik
akak sayang abah, akak sayang mama
jangan bersedih lagi
ini yang Dia tentukan untuk akak
mama dan abah tak salah
akak yang salah kerana menyalahkan keluarga punca akak tersadai di sini



BITTERSWEET

1 PPISMP TESL 4

Monday, November 8, 2010

-- antara perempuan dan lelaki --


maaf..tajok nye agak kurang menarik

saya sebenarnya tak ada apa nak sembang kali nih..otak kreatif+merapu saya hilang entah ke mana
<>
ketika blog walking tadi saya terbaca tentang 'suatu' entry membina tentang gender yg agak 'membina' dan 'hot+volcanic'
si pemiliknya seorang wanita, dan pada pendapat nya, sistem government kita sekarang totally wrong!
kerana kurangnya peranan wanita dalam kerajaan dan betapa kita ditindas dalam kehidupan seharian di mana jua dan bila-bila sahaja
( kita = women ek )
apabila si dia yg berani mencurahkan isi pemikirannya melakar di blog ini menyentuh tentang pusaka dan hukum faraid, yg mana pada pendapatnya tidak adil 
saya da bingung
nama nya macam muslim, walaupun gambarnya nampak ala-ala anak orang putih
teringat pada keratan akhbar yg masih saya simpan 
( sehingga awal tahun nih tapi da hilang )
tentang ada nya pihak yg mahu peraturan wasiat dalam sistem faraid diubah
ingat2 lupa - seorang penulis bebas, juga saudara baru tidak berpuas hati dengan sistem pembahagian harta menurut Islam dan baginya ia ketinggalan zaman dan tidak sesuai diamalkan ( dia tuh american )

bongek sungguh la!
senang-senang nak mengubah apa yg Allah tentukan
saya bukan nak mencurahkan pendapat saya tentang hal ini
cuma mahu meluahkan perasaan tentang bahayanya bila fikiran da jauh sangat dan tidak mahu balik ke sumber yg azali lagi ada
lupakah yg ADIL itu bukan beerti 'sama rata' tapi 'meletakkan sesuatu pada tempatnya'
( da lupe belajar dulu, kalau salah mohon bagitahu )

surah an-Nisa ayat : ( 11 - 14 )

11. Allah mewasiatkan kepadamu tentang (bahagian) anak-anakmu untuk seorang lelaki seumpama bahagian dua orang perempuan. Jika anak-anak itu perempuan sahaja lebih dari dua orang, untuk mereka dua pertiga dari peninggalan, dan jika perempuan itu seorang sahaja, maka untuknya seperdua. Untuk dua orang ibu bapa, untuk masing-masing seperenam dari peninggalan, jika dia (mayat) mempunyai anak. Jika mayat tidak mempunyai anak dan yang mempusakai hanya ibu bapa sahaja, maka ibunya sepertiga, tetapi jika mayat mempunyai beberapa orang saudara, maka untuk ibunya seperenam sesudah dikeluarkan wasiat yang diwasiatkan atau hutangnya. Bapa-bapamu dan anak-anakmu tidak kamu ketahui siapa di antara mereka yang lebih dekat manfaatnya padamu. (Inilah) satu keperluan (ketetapan) daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,

12. Dan untukmu seperdua dari peninggalan isterimu, jika dia tiada beranak, tetapi jika dia beranak, maka untukmu seperempat dari peninggalannya, sesudah dikeluarkan wasiat yang diwasiatkannya atau hutangnya. (Jika kamu meninggal), untuk mereka (isteri-isterimu), seperempat dari peninggalanmu, jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka untuk mereka seperlapan dari peninggalanmu, sesudah dikeluarkan wasiat yang kamu wasiatkan atau hutang-hutangmu. Jika lelaki atau perempuan yang diwarisi tidak beranak atau tidak berbapa, dan baginya ada seorang saudara-saudara (seibu) lelaki atau perempuan, maka untuk masing-masingnya seperenam. Jika mereka (saudara seibu) lebih dari seorang, maka mereka berkongsi pada sepertiga, sesudah dikeluarkan wasiat yang diwasiatkannya atau hutang-hutangnya, tanpa memberi mudarat (kepada ahli warisnya), sebagai wasiat (perintah) daripada Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.

13. Demikianlah batas-batas (peraturan) Allah. Barangsiapa mengikut (perintah) Allah dan RasulNya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang besar.

14. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan RasulNya dan melampaui batas-batas (larangan)Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam neraka, serta kekal di dalamnya dan untuknya seksa yang menghinakan.


sebenarnya Islam tidak melebihkan lelaki mahupun perempuan dalam apa-apa hal pun
setiap kelebihan yg diberi disertai dengan tanggungjawab yg setimpal

jika lelaki dilebihkan dalam faraid
mereka memikul tanggungjawab yg berat untuk menjaga ibu bapa, keluarga, nafkah dan etc.

jangan ingat kita tiada kelebihan berbanding mereka

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah : Siapakah orang paling berhak untuk saya hormati? Rasulullah menjawab : Ibumu, Ibumu, Ibumu dan ayahmu.

perempuan = ibu , diulang sehingga 3 kali sebelum lelaki = ayah
ini kerana tanggungjawab ibu dalam mendidik anak dan menjaga keluarga lebih berat

Sesungguhnya lelaki dan wanita muslim, lelaki dan wanita mukmin, lelaki dan wanita yang tetap dalam ketaatan, lelaki dan wanita yang sabar, lelaki dan wanita yang kusyuk, lelaki dan wanita yang bersedekah, lelaki dan wanita yang berpuasa, lelaki dan wanita yang memelihara kehormatannya, lelaki dan wanita yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka ampunan dan pahala yang besar (Al-Ahzab 33;35).

berdasarkan firman Allah di atas, ada nampak mana-mana lebih?
ada mana-mana lelaki yg sedang membaca nih terasa dia tidak mendapat yg selayaknya dengan perempuan?
ada mana-mana perempuan yg sedang membaca nih terasa dia tidak mendapat yg selayaknya sama dengan lelaki??

di sisi ALLAH S.W.T, kita semua sama / equal
mungkin ada sesetangah adat yg melebihkan lelaki dalam segala / sesetengah perkara
tapi ingat, bila adat melangkaui agama
agama yg wajib diberi perhatian dulu

saya insan biasa yg kurang ilmu..maaf kalau ada yg tersilap


*kesunyian bila pergi kelas, rumate masih nyenyak tido ketiadaan exam, saya menapak ke kelas*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...