Sunday, November 14, 2010

Hari-hari terakhir bergelar "1" PPISMP


...pejam celik pejam celik...
sudah hampir satu semester saya menjejakkan kaki di IPG KTB

banyak benda saya belajar, saya dapat dan saya tahu
banyak orang saya kenali, banyak kawan saya dapat
banyak perangai saya jumpa, banyak juga cara untuk menghadapinya
banyak karenah dan ragam manusia
namun semua nya atas saya sendiri
mahu menerima dan cuba memahami
atau tidak mempedulikan dan hidup dalam angan-angan sendiri

satu sem ni mengajar saya banyak benda
dan saya bersyukur dapat menimba semua itu

dapat senior yang penyayang dan memberi banyak tunjuk ajar

dapat pensyarah-pensyarah yang setia bersama kami, TESLian yang banyak masalah

jiran-jiran di sekeliling bilik yang peramah dan murah hati

roomate saya yang sangat-sangat memahami saya

dan yang paling penting mereka yang akan bersama menghadapi suka-duka bersama saya dalam menuntut ilmu menjadi guru ini

ZARITH SOFIA
teman sebilik dari sarawak
pika cakap kamu anak saya bha
sikap kita berlainan kadang berlawanan
tapi itulah sebab kita bahagia
saya belajar banyak benda dari kamu
kamu ada bila saya menghadapi saat-saat sukar saya di sini
kamu ada bila saya menghadapi saat-saat gembira
kamu selalu ada untuk saya
maafkan saya andai saya tiada ketika kamu memerlukan saya
maafkan saya selalu meninggalkan kamu sendirian

TESL 4
saya sayang kamu semua
saya belajar erti hidup dari kamu semua
jangan biarkan kita tidak lengkap
walaupun baru satu sem bersama
saya tak mahu kita kehilangan walau seorang
maafkan saya andai saya tersilap dan tersalah
maafkan saya andai saya melukakan kalian
maafkan saya andai saya terlalu mengongkong
maafkan saya andai kadang-kadang saya sukar mengawal perasaan
saya manusia
melakukan kesilapan dan kesalahan lumrah saya sebagai manusia
terima kasih, atas tunjuk ajar kalian selama saya menjadi PKK

MADAM TAN CHENG IM
I adore your dedication towards us, yang banyak bawa masalah
terima kasih memahami kami dan bersabar dengan kami
menjadi ibu dan bapa untuk kami di sini
I love you

bila bersendirian, kadang-kadang saya terfikir,

masalah kadang-kadang datang
namun itu untuk mengajar saya erti kehidupan
terutama kehidupan di sini, IPG KTB
5 years more to go

kawan datang dan pergi
itu lumrah
sedangkan lidah lagi kan tergigit
saya harap kita terus jadi kawan
bukan lawan dan musuh macam sekarang
saya sayang awak
saya tak kisah apa pun yang pernah terjadi antara kita
mungkin awak tak dapat terima saya lagi
saya pinta
cuba intai sedikit ruang di hati awak untuk saya menumpang
menjadi kawan seperti dulu

usrati
naqib-naqib juga naqibah-naqibah
yang setia bersama
saya banyak belajar daripada anda semua
saya belum lengkap
tidak sempurna
tunjuk ajar kalian sangat-sangat saya perlukan 
SYUKRAN JAZILAN!

keluarga saya
kakak bahagia di sini
abah dan mama
kakak redha dengan keputusan kakak sendiri
untuk menjadi guru bukan cita-cita dulu yang tak tercapai
terus doakan akak
tidak tenggelam dalam imaginasi dulu
tabahkan hati kakak terus menimba ilmu menjadi guru dan pendidik
akak sayang abah, akak sayang mama
jangan bersedih lagi
ini yang Dia tentukan untuk akak
mama dan abah tak salah
akak yang salah kerana menyalahkan keluarga punca akak tersadai di sini



BITTERSWEET

1 PPISMP TESL 4

Monday, November 8, 2010

-- antara perempuan dan lelaki --


maaf..tajok nye agak kurang menarik

saya sebenarnya tak ada apa nak sembang kali nih..otak kreatif+merapu saya hilang entah ke mana
<>
ketika blog walking tadi saya terbaca tentang 'suatu' entry membina tentang gender yg agak 'membina' dan 'hot+volcanic'
si pemiliknya seorang wanita, dan pada pendapat nya, sistem government kita sekarang totally wrong!
kerana kurangnya peranan wanita dalam kerajaan dan betapa kita ditindas dalam kehidupan seharian di mana jua dan bila-bila sahaja
( kita = women ek )
apabila si dia yg berani mencurahkan isi pemikirannya melakar di blog ini menyentuh tentang pusaka dan hukum faraid, yg mana pada pendapatnya tidak adil 
saya da bingung
nama nya macam muslim, walaupun gambarnya nampak ala-ala anak orang putih
teringat pada keratan akhbar yg masih saya simpan 
( sehingga awal tahun nih tapi da hilang )
tentang ada nya pihak yg mahu peraturan wasiat dalam sistem faraid diubah
ingat2 lupa - seorang penulis bebas, juga saudara baru tidak berpuas hati dengan sistem pembahagian harta menurut Islam dan baginya ia ketinggalan zaman dan tidak sesuai diamalkan ( dia tuh american )

bongek sungguh la!
senang-senang nak mengubah apa yg Allah tentukan
saya bukan nak mencurahkan pendapat saya tentang hal ini
cuma mahu meluahkan perasaan tentang bahayanya bila fikiran da jauh sangat dan tidak mahu balik ke sumber yg azali lagi ada
lupakah yg ADIL itu bukan beerti 'sama rata' tapi 'meletakkan sesuatu pada tempatnya'
( da lupe belajar dulu, kalau salah mohon bagitahu )

surah an-Nisa ayat : ( 11 - 14 )

11. Allah mewasiatkan kepadamu tentang (bahagian) anak-anakmu untuk seorang lelaki seumpama bahagian dua orang perempuan. Jika anak-anak itu perempuan sahaja lebih dari dua orang, untuk mereka dua pertiga dari peninggalan, dan jika perempuan itu seorang sahaja, maka untuknya seperdua. Untuk dua orang ibu bapa, untuk masing-masing seperenam dari peninggalan, jika dia (mayat) mempunyai anak. Jika mayat tidak mempunyai anak dan yang mempusakai hanya ibu bapa sahaja, maka ibunya sepertiga, tetapi jika mayat mempunyai beberapa orang saudara, maka untuk ibunya seperenam sesudah dikeluarkan wasiat yang diwasiatkan atau hutangnya. Bapa-bapamu dan anak-anakmu tidak kamu ketahui siapa di antara mereka yang lebih dekat manfaatnya padamu. (Inilah) satu keperluan (ketetapan) daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,

12. Dan untukmu seperdua dari peninggalan isterimu, jika dia tiada beranak, tetapi jika dia beranak, maka untukmu seperempat dari peninggalannya, sesudah dikeluarkan wasiat yang diwasiatkannya atau hutangnya. (Jika kamu meninggal), untuk mereka (isteri-isterimu), seperempat dari peninggalanmu, jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka untuk mereka seperlapan dari peninggalanmu, sesudah dikeluarkan wasiat yang kamu wasiatkan atau hutang-hutangmu. Jika lelaki atau perempuan yang diwarisi tidak beranak atau tidak berbapa, dan baginya ada seorang saudara-saudara (seibu) lelaki atau perempuan, maka untuk masing-masingnya seperenam. Jika mereka (saudara seibu) lebih dari seorang, maka mereka berkongsi pada sepertiga, sesudah dikeluarkan wasiat yang diwasiatkannya atau hutang-hutangnya, tanpa memberi mudarat (kepada ahli warisnya), sebagai wasiat (perintah) daripada Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.

13. Demikianlah batas-batas (peraturan) Allah. Barangsiapa mengikut (perintah) Allah dan RasulNya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang besar.

14. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan RasulNya dan melampaui batas-batas (larangan)Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam neraka, serta kekal di dalamnya dan untuknya seksa yang menghinakan.


sebenarnya Islam tidak melebihkan lelaki mahupun perempuan dalam apa-apa hal pun
setiap kelebihan yg diberi disertai dengan tanggungjawab yg setimpal

jika lelaki dilebihkan dalam faraid
mereka memikul tanggungjawab yg berat untuk menjaga ibu bapa, keluarga, nafkah dan etc.

jangan ingat kita tiada kelebihan berbanding mereka

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah : Siapakah orang paling berhak untuk saya hormati? Rasulullah menjawab : Ibumu, Ibumu, Ibumu dan ayahmu.

perempuan = ibu , diulang sehingga 3 kali sebelum lelaki = ayah
ini kerana tanggungjawab ibu dalam mendidik anak dan menjaga keluarga lebih berat

Sesungguhnya lelaki dan wanita muslim, lelaki dan wanita mukmin, lelaki dan wanita yang tetap dalam ketaatan, lelaki dan wanita yang sabar, lelaki dan wanita yang kusyuk, lelaki dan wanita yang bersedekah, lelaki dan wanita yang berpuasa, lelaki dan wanita yang memelihara kehormatannya, lelaki dan wanita yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka ampunan dan pahala yang besar (Al-Ahzab 33;35).

berdasarkan firman Allah di atas, ada nampak mana-mana lebih?
ada mana-mana lelaki yg sedang membaca nih terasa dia tidak mendapat yg selayaknya dengan perempuan?
ada mana-mana perempuan yg sedang membaca nih terasa dia tidak mendapat yg selayaknya sama dengan lelaki??

di sisi ALLAH S.W.T, kita semua sama / equal
mungkin ada sesetangah adat yg melebihkan lelaki dalam segala / sesetengah perkara
tapi ingat, bila adat melangkaui agama
agama yg wajib diberi perhatian dulu

saya insan biasa yg kurang ilmu..maaf kalau ada yg tersilap


*kesunyian bila pergi kelas, rumate masih nyenyak tido ketiadaan exam, saya menapak ke kelas*

Thursday, November 4, 2010

byE2 haLLoWeEn!


31st Oct..
..Halloween day..
ever wonder why/how/when HALLOWEEN DAY existed??


pernah dengar/tonton muvi2 nih??






HALLOWEEN-31st Oct  ☛  malam penyucian
comes from ALL HALLOWS EVE  ☛  mass-day of all saints
berasal dari festival SAMHAIN  ☛  1st Nov-hari penyucian roh

pada asalnya Halloween berkait rapat dengan agama kuno, Celtics di Ireland
Celtics people nih sangat2 percayakan spiritual world dan mereka percaya mereka ada jalan untuk berhubung dengan dunia tersebut

mereka mempunyai 2 perayaan besar, that are

BELTANE ( permulaan musim panas, 1 Mei )
SAMHAIN=pronounced as SAH-WEEN ( akhir musim panas, 1 November )
-mereka percaya pada hari jatuhnya Samhain, division antara due dunia ( spiritual dan kita ) akan menjadi sangat dekat dan hantu2 juga kuasa2 supernatural yg aktif akan bebas merayau-rayau di dunia kita.

"During this interval the normal order of the universe is suspended, the barriers between the natural and the supernatural are temporarily removed, the sidh lies open and all divine beings and the spirits of the dead move freely among men and interfere sometimes violently, in their affairs"
(Celtic Mythology, p. 127).

pendeta2 Celtics yg membuat ritual2 dipanggil DRUIDS, salah satu ahli aliran pagan di Britain, Ireland dan Gaul
kebiasaannya mereka akan mempersembahkan korban dalam sama ada dalam bentuk hasil tanaman atau haiwan ternakan, kadang2 mereka juga mengorbankan HUMAN ( uhhhh~ )
tujuannya adalah untuk 
menenangkan tuhan mereka juga
memastikan matahari akan kembali selepas winter
menjauhkan semangat2 jahat

 Celtics juga percaya "bonefire" melambangkan matahari dan diperlukan untuk membantu Druids dalam perlawanannya menentang kuasa jahat
"bonefire" berasal dari "bone+fire"
that is
tulang haiwan yg dikorbankan
kadang2 manusia ( yg dibakar dalam tibunan kayu )
 semua api yg ada akan dipadamkan kecuali api yg dinyalakan oleh Druids tadi dan ia akan dibiarkan
penduduk akan menyalakan "holy fire" dalam rumah mereka di altar
semasa perayaan Samhain, api akan dinyalakan dan dibiarkan sepanjang winter dan ketika inilah korban akan dipersembahkan
'aktiviti' mengorbankan manusia stop lebih kurang tahun 1600 dan digantikan dgn patung

TRICK-OR-TREAT

sure that YOU arent THE NEXT?? ~ngee
_SAMHAIN, a supreme night for DEMONIC JUBILATION_
dipercayai bahawa spirit of the dead akan datang bangkit pada malam ini dan akan merayau-rayau mencari rumah mereka balik
penduduk2 yg bimbang akan 'spirits' nih akan akan cuba untuk appease+appeal these spirits by offering them gifts of fruits and nuts ( macam dalam muvi2 halloween tuh~ )
tradisi meletakkan finest food in front of doorstep pon bermula, untuk appease the hunger of spirits tadi
jika tidak these spirits akan membunuh mereka or org terdekat atau akan merosakkan harta benda mereka
mereka percaya kalau spirits of the dead ( beloved ones or not! ) boleh datang kembali maka anything pon boleh ( yg baek or a not-so-nice )
jadi..mereka menyamar dengan memakai customes yg menyerupai demons and ghost untk mix around the bad or not-so-nice
*agk2 kalau kt malaysia ade yg jadi pocong? pakai kaen kapan?

in European, trick-or-treat adalah satu adat yg dipanggil "SOULING"
beggars akan merantau dari kg ke kg meminta "soul cakes" 
example of soul cakes
example of soul cakes..lagi
lagi banyak saoul cakes yg dorang dapat, lagi banyak prayers yg akan dibaca untuk ahli keluarga si penderma yg dah meninggal
masa nih, mereka percaya selepas kematian, roh2 mereka yg mati nih akan merayau-rayau dan selepas prayer itu, even by a stranger, the deads guaranteed akan go to heaven
( amboih..senang2 nye! )

*da penat menaep*

▼ ▽ ▾▼ ▽ ▾▼ ▽ ▾▼ ▽ ▾▼ ▽ ▾▼ ▽ ▾▼ ▽ ▾▼ 

jOM tEnGok HaLLowEeN tOp CreATureS
_langsuir/pocong/pontianak/hantu raya tercalon tak?_

10th
GOBLIN
 ☢ feymes dalam fairy tales
☢ nakal
☢ legends said mereka nih dok dalam hutan dan suka mengenakan manusia

9th
DEMON
☢ demon-salah satu nama bg evil spirits
☢ represents everything daripada hantu yg jahat, fallen angels dan puppet of satans

8th
GARGOYLES
☢ batu yg menakutkan yg selalu ditonjolkan di cathedral seluruh dunia
 ☢ mereka "incorporated" dalam bentuk gothic stonework pada awal abad ke-13 untuk menadah air hujan dari bumbung ( menggunakan mulut mereka )
☢ secara spiritualnya, gargoyles menjaga kesejahteraan drpd gangguan2 'luar'

7th
ZOMBIE!!!!! i like~
  ☢ king of muvies!
☢ zombie adalah mereka yg telah disedut rohnya atau mereka yg dah mati dan dihidupkan kembali dgn ilmu hitam ( the truth is here )

6th
WEREWOLVES
☢ normal people sampailah masa bulan mengambang
☢ mereka diburu sama seperti ahli sihir
☢ kerap disalahkan atas pembunuhan/kematian yg berlaku pd penduduk yg tidak diketahui puncanya
☢ hu2...ade penyakit sempena name nih! penyakit yg mne bulu di badan tumbuh secara berlebihan-"the werewolves disease"
5th
JACK-OE-LANTERNS
☢  paling menonjol antara mana2 freaks+monsters
☢  labu2 yg diukir nih sebenarnya bertujuan untuk menakutkan hantu2 yg sedang merayau

4th
BATS :: how bout batman si bruce wayne?
☢ buta!
☢ topeng crusaders diinspirasikan dari menatang nih
☢ sering dikaitkan dgn dracula yg hisap darah org ( bats do! ada kes dilaporkan mereka menyerang manusia dan haiwan )

3th
WITCHES
☢ dianggap mempunyai magic
☢ gereja menganggap mereka sebagai 'jahat+syaitan'
☢ mereka diburu dan dibunuh ( in old days )
☢ senarai TERATAS kostum Halloween

2nd
GHOST
☢ kostum paling mudah! ambik bedsheet and buat 2 lubang mata~
☢ roh orang mati yg merayau menghantui kaum kerabat yg maseh hidup

JENG>>JENG>>JENG!!
1ST
VAMPIRES!! ( never suck! )
☢ mereka akan mncari anda, for your blood!
☢ menghantui cerita rakyat sejak ribuan tahun yg lalu
☢ the UNDEAD dan memerlukan darah untuk terus hidup



✖ ✖ ✖ ✖ ✖ ✖ ✖ ✖ ✖ ✖ ✖ ✖ ✖ ✖ ✖ ✖ ✖ ✖ ✖ ✖ ✖

HUKUM SAMBUT HALLOWEEN for MUSLIMS

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(Al-Kafirun ayat 1-6)

Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam

Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Halloween adalah DILARANG SAMA SEKALI oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian dan paganisme


WALLAHUALAM


“Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.”
(Al-Ghafir ayat 39) 

Monday, November 1, 2010

_ ZoMbiE _


apa pendapat anda?

zombie 
itu wujud?
atau tidak?
pernah dengar tentang

๏ RESIDENT EVIL
๏ I AM LEGEND 

๏ ZOMBIELAND

๏ ZOMBIE KG PISANG

๏ pendek kate apa2 perihal zombie la~

 kalau saya, beeskuwt marie, mengatakan ZOMBIE ITU WUJUD
anda nak percaya tak???
sebenarnya saya tertanya-tanya adakah zombie tuh wujud
kalau tak, macam mana boleh datang word ZOMBIE
kalau ada, kenapa macam tak ada apa-apa yang terjadi pada umat manusia sekarang??
..pelik kan..
saya agak minat dengan movies tentang zombie2 nih
tapi saya terfikir, wajarkah saya sekadar minat tonton bergelak ketawa
tanpa mengetahui adakah mereka2 zombie nih ada atau tidak???
..ok..

zombie nih dikatakan datang daripada kepulauan Haiti
mereka sebenarnya orang yang separuh mati dan dihidupkan kembali oleh pendeta/dukun Voodoo
( sejenis ilmu hitam atau amalan supernatural suku-suku indian di sana )

kisah zombie ini bermula pada tahun 1962
apabila seorang lelaki, Clairivius Narcisse

Clairvius Narcisse
dijual kepada seorang dukun Voodoo oleh saudaranya kerana dia tidak mahu menjual bahagian pusakanya yg berupa tanah keluarga
*kirenya macam perebutan harta lah nih*
maka, si mamat nih di buat 'mati' dan dikuburkan
sebenarnya si Clairvius nih tak mati, dia dijadikan zombie dan bekerja di ladang tebu bersama zombie laen
pada 1964, pemilik zombie2 nih meninggal
para2 zombie nih pun merayap dan tersebar melintasi Carribean dlm keadaan 'bingung2 ala zombie lam tb'
sebelum ditangkap 16 tahun selepas itu

╰☆╮╰☆╮╰☆╮╰☆╮╰☆╮

pada 1982 Dr Wade Davis, an Harvard ethno-botanist, telah pergi ke Haiti untuk mengkaji tentang zombie
dia telah menemuramah Clairvius Narcisse dan seorang lagi wanita, Ti Femme yg mengaku menjadi zombie
mereka mencerita bahawa mereka sendiri menyaksikan funeral mereka dan bagaimana dukun Voodoo membangunkan mereka kembali
kajian ini telah mengambil masa berbulan lamanya
dan apa yg dapat Dr Wade Davis simpulkan, ada penggunaan bahan2 tertentu  ( drugs ) dalam penghasilan zombie

CARA MEMBUAT ZOMBIE??
dukun2 Voodoo nih membuat ramuan bertoksik yg terdiri drpd tumbuhan dan binatang yg berbahaya
Dumbcane ditambah kerana ia akan merosakkan larynx, menyukarkan proses pernafasan seterusnya membuat proses vocalization tidak dapat dilakukan

DUMBCANE ( mcm pokok hiasan kita biasa nampak kn???? )
ramuan beracun nih akan dicampur dalam makanan untuk dimakan atau diletak pada luka yg terbuka agar proses penyerapannya ke dalam salur darah senang berlaku
biasanya diletak pada bahagin kulit yg lembut la
*macam bahagian dalam siku*
dalam masa beberapa minit mereka2 yg termakan atau terkena racun nih akan pengsan dan orang luar yg tak tahu apa-apa akan ingat mereka mati
maka....funeral starts
mereka sedar apa yg berlaku tapi tadik mampu untuk memberi reaksi
selepas ditanam selama beberapa jam ( funeral da tamat ), dukun akan kembali untuk mendapatkan mereka
kadang2 mereka nih tak sempat jadi zombie, sebab sempat mati dulu akibat masalah pernafasan time ditanam
bagaimana nak buat mereka nih 'gila'
para dukun akan memberi mereka makan sejenis pasta yg dibuat daripada  

Datura stramonium
sweet potatoes!
dan sugar cane

ramuan ini akan menyebabkan mereka seakan-akan terputus hubungan dgn realiti, halunisasi, dan disorientasi
dukun nih akan memberi mereka kehidupan dan nama baru
kebiasaannya mereka ini akan dijual atau dipaksa untuk bekerja di ladang-ladang
jika ingatan mereka seakan-akan nak pulih, mereka akan diberi makan ramuan yg dicampur datura lagi
*boleh cuba ye lepas nih*
_wink2_

ada juga sesetengah dukun menggunakan kulit kodok ( katak bufo ) dan ikan buntal

 kodok
ikan buntal
kulit katak jenis bufo nih ( kodok ) nih sangat berbahaya sebab ia mengandungi racun yg boleh mnyebabkan kematian ( FATAL! ) that are biogenetik amina,bufogenin,dan bufotoksin

ikan buntal ( commonly known as FUGO in Japan ) mengandungi tetrodotoksin yg boleh mematikan saraf
effect lali nya 160 000 kali kuat dari kokain
( pakat2 makan ikan buntal la pasnih wahai kokainER )
 ikan nih juga boleh menyebabkan kematiankerana toksinnya dgn cepat boleh menurunkan suhu badan dan tekanan darah
ia jiga boleh menyebabkan koma
lupe lak!
Datura stramonium
( sejenis weeds yg biasa tumbuh bersama tanaman..hu2 saya kurang pasti, try google kembali ek! )
datura mengandungi bahan kimia seperti atropin,hyoskiamin dan skopolamin
yg mana apabila di consume berlebihan boleh menyebabkan kelumpuhan dan mungkin kematian
nak buat ZOMBIE nih bukan senang
dukun2 Voodoo yg mahu membuat zombie perlu mempertimbangkan berapa banyak ramuan yg diperlukan supaya zombie2 mereka tidak mati dalam proses "penghasilan" ( tak dapat carik word yg seswai)


OK! sekian perihal zombie dari BeesKuwt Marie

كُنْ فَيَكُونَ

:: Jadilah!  Maka terjadilah ia ::


WALLAHUALAM

ALLAH lebih mengetahui


*buringtahapgaban! org len da stat exam, kami TESLian 1 PPISMP terpkse ke kls..hu2*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...