maaf..tajok nye agak kurang menarik
saya sebenarnya tak ada apa nak sembang kali nih..otak kreatif+merapu saya hilang entah ke mana
<>
ketika blog walking tadi saya terbaca tentang 'suatu' entry membina tentang gender yg agak 'membina' dan 'hot+volcanic'
si pemiliknya seorang wanita, dan pada pendapat nya, sistem government kita sekarang totally wrong!
kerana kurangnya peranan wanita dalam kerajaan dan betapa kita ditindas dalam kehidupan seharian di mana jua dan bila-bila sahaja
( kita = women ek )
apabila si dia yg berani mencurahkan isi pemikirannya melakar di blog ini menyentuh tentang pusaka dan hukum faraid, yg mana pada pendapatnya tidak adil
saya da bingung
nama nya macam muslim, walaupun gambarnya nampak ala-ala anak orang putih
teringat pada keratan akhbar yg masih saya simpan
( sehingga awal tahun nih tapi da hilang )
tentang ada nya pihak yg mahu peraturan wasiat dalam sistem faraid diubah
ingat2 lupa - seorang penulis bebas, juga saudara baru tidak berpuas hati dengan sistem pembahagian harta menurut Islam dan baginya ia ketinggalan zaman dan tidak sesuai diamalkan ( dia tuh american )
senang-senang nak mengubah apa yg Allah tentukan
saya bukan nak mencurahkan pendapat saya tentang hal ini
cuma mahu meluahkan perasaan tentang bahayanya bila fikiran da jauh sangat dan tidak mahu balik ke sumber yg azali lagi ada
lupakah yg ADIL itu bukan beerti 'sama rata' tapi 'meletakkan sesuatu pada tempatnya'
( da lupe belajar dulu, kalau salah mohon bagitahu )
surah an-Nisa ayat : ( 11 - 14 )
11. Allah mewasiatkan kepadamu tentang (bahagian) anak-anakmu untuk seorang lelaki seumpama bahagian dua orang perempuan. Jika anak-anak itu perempuan sahaja lebih dari dua orang, untuk mereka dua pertiga dari peninggalan, dan jika perempuan itu seorang sahaja, maka untuknya seperdua. Untuk dua orang ibu bapa, untuk masing-masing seperenam dari peninggalan, jika dia (mayat) mempunyai anak. Jika mayat tidak mempunyai anak dan yang mempusakai hanya ibu bapa sahaja, maka ibunya sepertiga, tetapi jika mayat mempunyai beberapa orang saudara, maka untuk ibunya seperenam sesudah dikeluarkan wasiat yang diwasiatkan atau hutangnya. Bapa-bapamu dan anak-anakmu tidak kamu ketahui siapa di antara mereka yang lebih dekat manfaatnya padamu. (Inilah) satu keperluan (ketetapan) daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,
12. Dan untukmu seperdua dari peninggalan isterimu, jika dia tiada beranak, tetapi jika dia beranak, maka untukmu seperempat dari peninggalannya, sesudah dikeluarkan wasiat yang diwasiatkannya atau hutangnya. (Jika kamu meninggal), untuk mereka (isteri-isterimu), seperempat dari peninggalanmu, jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka untuk mereka seperlapan dari peninggalanmu, sesudah dikeluarkan wasiat yang kamu wasiatkan atau hutang-hutangmu. Jika lelaki atau perempuan yang diwarisi tidak beranak atau tidak berbapa, dan baginya ada seorang saudara-saudara (seibu) lelaki atau perempuan, maka untuk masing-masingnya seperenam. Jika mereka (saudara seibu) lebih dari seorang, maka mereka berkongsi pada sepertiga, sesudah dikeluarkan wasiat yang diwasiatkannya atau hutang-hutangnya, tanpa memberi mudarat (kepada ahli warisnya), sebagai wasiat (perintah) daripada Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.
13. Demikianlah batas-batas (peraturan) Allah. Barangsiapa mengikut (perintah) Allah dan RasulNya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang besar.
14. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan RasulNya dan melampaui batas-batas (larangan)Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam neraka, serta kekal di dalamnya dan untuknya seksa yang menghinakan.

sebenarnya Islam tidak melebihkan lelaki mahupun perempuan dalam apa-apa hal pun
setiap kelebihan yg diberi disertai dengan tanggungjawab yg setimpal
jika lelaki dilebihkan dalam faraid
mereka memikul tanggungjawab yg berat untuk menjaga ibu bapa, keluarga, nafkah dan etc.
jangan ingat kita tiada kelebihan berbanding mereka
Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah : Siapakah orang paling berhak untuk saya hormati? Rasulullah menjawab : Ibumu, Ibumu, Ibumu dan ayahmu.
perempuan = ibu , diulang sehingga 3 kali sebelum lelaki = ayah
ini kerana tanggungjawab ibu dalam mendidik anak dan menjaga keluarga lebih berat
Sesungguhnya lelaki dan wanita muslim, lelaki dan wanita mukmin, lelaki dan wanita yang tetap dalam ketaatan, lelaki dan wanita yang sabar, lelaki dan wanita yang kusyuk, lelaki dan wanita yang bersedekah, lelaki dan wanita yang berpuasa, lelaki dan wanita yang memelihara kehormatannya, lelaki dan wanita yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka ampunan dan pahala yang besar (Al-Ahzab 33;35).
berdasarkan firman Allah di atas, ada nampak mana-mana lebih?
ada mana-mana lelaki yg sedang membaca nih terasa dia tidak mendapat yg selayaknya dengan perempuan?
ada mana-mana perempuan yg sedang membaca nih terasa dia tidak mendapat yg selayaknya sama dengan lelaki??
di sisi ALLAH S.W.T, kita semua sama / equal
mungkin ada sesetangah adat yg melebihkan lelaki dalam segala / sesetengah perkara
tapi ingat, bila adat melangkaui agama
agama yg wajib diberi perhatian dulu
saya insan biasa yg kurang ilmu..maaf kalau ada yg tersilap
*kesunyian bila pergi kelas, rumate masih nyenyak tido ketiadaan exam, saya menapak ke kelas*
No comments:
Post a Comment