Monday, January 10, 2011

merungkai tanda tanya :: SOLATLAH!!


salam sejahtera!
mengenai post kali ni
seorang kawan saya pernah bertanya
"yati, kenapa kamu perlu solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak? saya tahu solat itu macam terapi, boleh bagi badan sihat. tapi kenapa pada waktu2 tertentu?"


dan saya hamba ALLAH yang jahil ni pun tak mampu berkata apa
mulanya mahu mengelak dengan memberi jawapan berdasarkan logik sendiri
tapi nasib baik sempat fikir consequence nya
nanti apa yang saya cakap akan tertanam dalam kepala dia sampai bila-bila
kalau benda tu betul, it's OK
kalau salah??


gue la jawab nya yang tanggung dosa
_huhuhu_
korang pernah bertanya ( tak kiralah kat sape-sape pun ) soalan ni?


SUBUH
ni bukan saya nak cakap, tapi hakikat
tahap kemalasan + kemengantokan pada waktu ini sangat tinggi
sampai boleh dibilang dengan jari berapa orang dalam seratus muslim yang solat subuh
 menurut kajian CVT ( color vibration therapy ), alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid. Jadi, color ni, or waktu subuh mempunyai kaitan dengan rezeki dan komunikasi.


 anda dapat tangkap kesannya andai seseorang itu meninggalkan solat subuh? dia akan bermasalah dalam komunikasi lantas affact punca rezeki nya. Ini sebab tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum ( iaitu elok-elok je lepas bangun tido )
kenapa kena solat awal subuh?? sebab tenaga waktu tu berada di tahap optimum. maknanya, kalau kita solat lewat, maka tenaga yang kita bakal dapat pun dah berkurangan.


ZOHOR
sesetengah orang kalau dah balik bilik tuh ( yang tengah study lagi  la ), daripada solat, baik tido..konon nak tumpu energy untuk kelas lepas ni. plan asal nak solat pas bangun tido, bangun, lagi sepuluh minit kelas nak start. tudung tak pakai lagi ( tak masuk mekap lagi ). akhirnya, zohor dalam niat je..

 spektrum pada waktu zohor ialah kuning, bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. so, mereka yang tinggal zohor akan ada masalah dalam.......( dah boleh jawab sendiri kan? )



bila muka dah tak ceria, cmberut je...ade pulak problem dalam hati yang tak settle-settle, alamatnya..AWET TUA lah..ye dak??


ASAR 
sambung sal budak-budak yang dok study lagi
alahai dah balik penat-penat, peluh-peluh melangkah pulang ke hostel yang terletak 444KM takkan nak terus ambil wudhuk sembahyang, ye dak? relax dulu...cool kan badan.
last-last pengsan! bangun-bangun lagi dua tiga minit nak Maghrib..maka solat pun macam robot lajunya!

 spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testisyang merangkumi sistem reproduktif ( wah!! interesting!! ), agak-agak warna apa?
OREN!



orang yang tinggal asar ni akan hilang kreativitinya..sebab oren juga berkait rapat dengan kreativiti
jangan lupa, sistem reproduktif memerlukan tenaga masa ini :)


MAGHRIB
lepas solat asar macam ribut, FB lak datang kat kepala otak
nak tengok notifications yang beribu tu lah, nak komen tu komen ni lah
kalau yang dok sibuk bersukan ( tak kiralah sukan cucimata sahaja atau bersukan betul ye ), payahnya nak berhenti time maghrib ni
padahal elok je telinga dok dengar azan dari surau or masjid area tu

 alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah, sebab merah sinonim dengan frequency JIN dan IBLIS!


masa ni memang dorang ( makhluk selain manusia ni ) sangat-sangat la aktif..jadi seelok-eloknya berhenti buat apa-apa kerja ( kalau dalam perjalanan, berhenti dulu ), kita solat dulu.

merah juga warna keyakinan, spektrum untuk frequency otot, saraf dan tulang ( kalau kena osteoporosis awal-awal tu...pada-pada lah ye, nilai diri dengan solat maghrib )


ISYAK
kadang-kadang di postpone sampai pukul 3,4 pagi!
dah solat maghrib, online...tak ingat dunia last-last tertido
bangun pagi-pagi baru teringat, masyaALLAH, gue belum solat!

indigo, fasa kegelapan...menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak



orang tinggal isyak ni biasanya tidak tenteram, gelisah je..sebab tu sesetangah orang dia akan terjaga jugak pagi-pagi buta untuk solat subuh walaupun dah syok tido.


selepas isyak, alam akan berada dalam keadaan gelap sepenuhnya
ni lah time tidur kita dalam Islam
tidur ketika ini dinamakan TIDUR DELTA
di mana seluruh tubuh sedang berehat

  Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus 

 ini masanya untuk QIAMULLAIL

ok, rasa nya cukup untuk menjawab persoalan kawan saya itu
dapat juga menambah pengetahuan kita semua

- abes dah! -

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...